Thursday 10 October 2013

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho

(a)        Lokasi tamadun Hwang Ho                                     

·                     Dilembah Hwang  Ho yang subur (Sungai Kuning) 
·                     Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir
                  .
(b)       Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho
       
·                     Dinasti Hsia                   
·                     Dinasti Shang    
·                     Dinasti Chou                
·                     Dinasti Ching 
·                     Dinasti Chin


Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

(a)        Petempatan awal

·                     Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
·                     Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
·                     Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
·                     Di bandar ini, terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
·                     Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar
·                     Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
·                     Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani

(b)        Organisasi sosial masyarakat Shang

·                     Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
·                     Lapisan bawah terdiri daripada petani yang membentuk sebahagian besar penduduk
·                     Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
·                     Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
·                     Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan
·                     Disebabkan hanya golongan pembesar sahaja yang mampu miliki tentera dan senjata gangsa, mereka menggunakan keistimewaan ini untuk menundukkan golongan bawahan.
·                     Golongan hamba ialah golongan paling bawah
·                     Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c)        Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
                                                                                   
·                     Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
·                     Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
·                     Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar
·                     Golongan hamba sebagai tentera paksaan
·                     Selain itu, golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
·                     Golongan hamba juga dijadikan  korban dalam upacara penyembahan

(d)       Sistem pemerintahan Dinasti Shang.        

·                     Sistem pemerintahan berbentuk beraja
·                     Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
·                     Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
·                     Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
·                     Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
·                     Tidak  perlu mendapat  pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
·                     Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya
·                     Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti  pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

(e)        Sistem pentadbiran Dinasti Chou

·   Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah- wilayah
·                     Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
·                     Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang Menguruskan
            soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan
            undang-undang
·   Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar- pembesar
            feudal
·                     Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada
            pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba
            dan binatang
·               Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada
         masa perang
·               Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama
            untuk menjalankan upacara pengorbanan




(f)        Agama dan kepercayaan

·               Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme
·               Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
·               Mereka juga menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu), menyembah sungai, bukit dan gunung
·               Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara korban
·               Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
·               Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
·               Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan
·               Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian
·               Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
·               Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
·               Tulisan China berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk simbol
·               Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak. Bulan, matahari dan sungai

(g)        Penciptaan Sistem Kalendar

·                     Dicipta semasa Dinasti Shang.
·                     30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
·                     Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
·                     Untuk menjalankan aktiviti harian.
·                     Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /   perburuan / pengkebumian.
           
Sumbangan Tamadun Hwang Ho

(a)        Bidang politik/pemerintahan

·                     Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
·                     Gelaran raja ditukar kepada maharaja
·                     Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
·                     Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20   
           
(b)        Bidang ekonomi

·                     Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi
            kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir
·                     Kemajuan dalam teknologi pembajakan
·                     Penciptaan cangkul dan sabit
·                     Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
·                     Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang              
            dibuat daripada besi

(c)        Sistem Tulisan

·                     Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
·                     Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
·                     Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China
·                     Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun
                                                                                     
(d)       Bidang agama dan kepercayaan

·                     Pemujaan roh nenek moyang
·                     Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan        mengikut kesesuaian masa
·                     Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur   makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
·                     Konsep Yin dan Yang  serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
·                     Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada  
            unsur saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
·                     Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan       falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia         dengan alam sekitar

( e )      Sistem kalendar

·                     Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
·                     30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
·                     Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
·                     Untuk menjalankan aktiviti harian.
·                     Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /   perburuan / pengkebumian.

(f)        Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

·                     Karyanya the Art of War
-          membincang kan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam pelbagai bahasa
·                     Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan


No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6