Thursday 10 October 2013

Kelatan & Negeri Sembilan

SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

·         Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
·         Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
·         Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
·         Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
·         Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.


Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:

·         Jemaah Penasihat Raja 
- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
·         Jemaah Menteri Istana 
- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri
  kelantan.
·         Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman         
- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
·         Jemaah Menteri Dalam Negeri 
                                    -Menjaga keamanan negeri.
·         Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.
·         Jemaah Menteri Perbendaharaan
                                    -Mengendali harta benda dan hasil mahsur.
·         Jemaah Menteri Peperangan
                                    -Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.
·         Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri
                                    -Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.

SISTEM DEMOKRASI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.

·         Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan

·         Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan

·         Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
·         Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
·         Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupu Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
·         Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
·         Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
·         Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
·         Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
·         Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
·         Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
·         Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
·         Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
·         Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.


Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih

·         Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
·         Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
·         Saling menghormati di antara satu sama lain.
·         Bermuafakat untuk memilih pemimpin.

·         Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6