Thursday 10 October 2013

Ekonomi Islam

 Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:

a)    Perdagangan

                    Kegiatan  perdagangan semasa  Kesultanan Melayu  Melaka.

·   Aktiviti perniagaan berkembang
·   Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
·   Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
·   Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
·   Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
·   Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
·   Wujud sistem sukat dan timbang
·                           Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
·   Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli.


b)    Mata Wang

                    Ciri -  ciri  yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.
           
§  Diperbuat daripada timah
§  Dikenali sebagai wang katun
§  Berbentuk bulat dan enam segi
§  Tidak mempunyai tarikh
§  Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
§  Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527.
§  Mata wang emas ini dikenali kupang
§  Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
§  Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan  yang mengeluarkan mata wang tersebut.
§  Di bahagian belakang pula tertulis  gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin                             
                   c) Percukaian

                   Sistem percukaian pada  zaman Kesultanan Melayu Melaka.
            
·      Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah
·      Para pedagang  dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
·      Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus.
·      Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
·      Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
·      Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus.
·      Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus.

                    Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi  di negeri-negeri
                    Melayu.
            
·          Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
·         Walau bagaimanapun,golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
·         Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun
·         Melaka dan Hukum Kanun Pahang.
·         Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan
·         membayar zakat harta.
·         Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
·         Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.

·                                 Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6