Thursday 10 October 2013

Dasar British

Dasar British Terhadap Pertanian

  1. British memperkenalkan sistem rekod hak milik tanah secara bertulis untuk mengesahkan pemilikan tanah dan digunakan untuk jual beli tanah, cukai, serta pajakan.

  1. Kebenaran pembesar tidak lagi diperlukan oleh individu atau syarikat yang ingin mengusahakan tanah.

  1. Undang-undang tanah Barat:

(a)  Peraturan Tanah Perak 1879
(b)  Kanun Tanah Selangor 1891
(c)  Peraturan Tanah Sungai Uong 1887





  1. Akta tanah di Sarawak

(a)  Pengenalan Land order (1931, 1933, 1948)
(b)  Melindungi tanah milik masyarakat peribumi daripada dicerobohi pengusaha luar untuk tujuan pertanian
(c)  Membahagikan tanah kepada tanah campuran (imigran mempunyai hak ke atas tanah ini), tanah simpanan, dan tanah pedalaman.

  1. Akta tanah di Sabah

(a)  Proklamasi III Perlindungan Hak peribumi 1889
(b)  Melindungi kepentingan tanah masyarakat peribumi
(c)  Hak milik tanah peribumi di bawah kuasa pegawai daerah
(d)  Segala urus niaga tanah perlu diberitahu kepada peribumi
(e)  Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang luar

  1. Dasar British terhadap pekebun kecil

(a)  Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
(b)  British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang petani menanam getah di kawasan sawah padi
(c)  British melarang pembukaan tanah baru
(d)  Rancangan Sekatan getah Stevenson 1922 diperkenalkan bagi melindungi pengusaha Eropah
(e)  British mengadakan skim perladangan bagi menggalakkan pelabur Eropah melabur dalam bidang pertanian.

Kesan Dasar Ekonomi


  1. Pembandaran
  2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum
  3. Sistem pendidikan vernakular
  4. Sektor perkilangan
  5. Sistem pengangkutan dan perhubungan
  6. Perkhidmatan kesihatan

No comments:

Post a Comment

Pemimpin Negara Malaysia Sejarah Tahun 6